29.7.11

Kemain Semaknye

semak. dah tiga hari duk panjat loteng tak habis habis lagi kemasnya. buku latihan, buku rujukan, folio, kertas exam, baju sekolah, segala besen, baldi, komputer lama, semua ada. buku buku dari zaman aku UPSR sampai ke matrik duk bersepah. mana dengan plastiknya, mana dengan kotaknya. tu baru buku aku. abang, angah, adik lagi. *nasib pindah masuk rumah ni masa darjah6. agak kalau dari zaman tadika. . hee. .

mau tiga round lagi kemas baru siap. meme dok payoh susoh susoh eksesais la kalau gini gayenye.

p/s: penat kuasa dua. penat beremosi setiap kali  tengok bola. bola bola jugak, solat jangan dilupa. Ultras Malaya teruskan semangat dengan chants korang. singa memang pura pura.

Allah is watching. remember to be good ya all :)

28.7.11

Biar. . Biar. .

belajar.
biar semua sinis.

bertanya.
biar semua ketawa.

biar. . biar. .
dah namanya manusia.
kau di sana. .
akan aku doakan semua baik baik sahaja.

p/s: kau hina semasa menuntut. insyaAllah kau mulia semasa dituntut.

Allah is watching. remember to be good ya all :)

27.7.11

Siapa Yang Bodoh?

bosan. ok, layankan je la drama yang ada kat tv tu. sampai part macam tak berapa nak boleh blah . .

aku: eei, . bodoh la cerita ni.

ayah: director dia suruh.

aku: yang buat skrip la.

mama: kita la bodoh. sapa suruh tengok. .

*****
dan akhirnya capai remote. tutup. jom makan.

p/s: insyaAllah weekend ni balik serting dengan angah. jengok jengok wan sebelum puasa. raya nnt balik lagi. boleh la merasa jeram. hee. .

Allah is watching. remember to be good ya all :)

24.7.11

Luahan Jujur Seorang Anak

bismillahirahmanirahim.

ni luahan hati dari seorang anak yang baik lagi jujur terhadap mamanya.

dulu. .
kenapa  mama slim melim?
kenapa kain baju mama cantik cantik?
kenapa patern baju mama cun cun?
kenapa mama tak pakai?
kenapa mama tak bagi cik?

jawab mama. . hey, kita tu besaq dari mama. bukan selama ni duk pakai jeans. . pakai tshirt ka. .

telus. okay, fine.

*sila baca [kenapa=awat]








21.7.11

Driver Berjaya

mama ayah kerja office hour. so even cuti cuti ni, aku tinggal sorang jugak kat rumah. diorg sementara nak sampai, ada la kot kul6 petang.  so bila abang aku mintak tolong jadi driver bini dia aku cepat cepat cakap okay la kan. dari tak buat mende baik tolong dia. akak ipar aku tu pun baru habis pantang. dengan dua orang lagi anak yang tak boleh duk diam, susah la dia nak gerak.

setakat jemput mia balik sekolah, nganto si dayana gi klinik cucuk, pe ada hal. . dah tu aku lepak la dengan budak budak ni. 


damia. anak sulung along.
dia xde adik lagi time ni.
danish zafran. anak 2nd along.
ni lepas aku bawak dia ronda semalam.
damia. susah yang amat nak makan.
ni kat serting ulu, rumah wan aku.

danish. dia cuma nak bila kau cakap nak gi ronda.
tak pun kau pegang camera. kalau tak jangan harap.

dayana. anak along yang ketiga. 

walaupun nakal, tapi mak cik korang ni tak kisah. nanti cik belanja korang aiskrim malaysia ye. aiskrim kotak pun boleh. haha, baru la korang jadi budak budak yang ada life. ni tak, budak budak sekarang aiskrim nk BR, tutti frutti, cornetto. semoga korang jadi anak soleh solehah. anak yang jadi something satu hari nanti. anak yang berjaya dunia akhirat. amin.

p/s: ahad ni nak hantar mama korang gi klinik pulak ye. mama korang ada appointment dengan doktor nak pasang IUD.


Allah is watching. remember to be good ya all :)


Rindu Yang Sangat

8 tahun.
8 tahun tak jejak tempat tu. rindu. rindu yang sangat.

cuma gelongsor ni yang tinggal

'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain'
aku pandang pejabat. macam ternampak nampak quarters lama. . telaga. . 

aku pandang klinik dental. owh, kat belakang tu kita main sorok sorok, main istana takeshi.

aku pandang lab. dalam tu kita main jutaria. borak borak ngan pkcik awang.

aku pandang tempat menunggu. kat situ port tuju selipar. port main hoki style kita
[selipar=kayu hoki; bola pingpong=bola hoki]

aku ingat hampa sorok selipar dalam baju. takut kena rotan dengan ustaz. konon selipar tu pading kat bontot kat perut la kan. hehe,

aku ingat kat rumah aku, kita ngendap ustaz azim wuduk. masa tu dia gila hensem tak bersongkok. ustaz muda. fresh u pulak. .

aku ingat kita solat maghrib tapi hempeh masing masing tak khusyuk. hang jeling aku. aku jeling hang. pakat  duk bantai gelak time-time rukuk sebab seluar danial koyak.

aku ingat pkcik rashid hambat kita dengan parang. tu la sapa suruh gatai sangat nak panjat tangki. sanggup merangkak bawah pagar besi yang tajam tajam tu.

nadia, natrah, farah, mat anip, fitri, anith, ika, tikah, yap, bangchik, danial, azizi. . aku rindu gila zaman klinik dulu. .

p/s: entri ni buat aku leleh. aku doakan hampa semua baik baik ja.

19.7.11

A Good Deed

heyya, assalamualaikum.

first entry. haha, gedik la kau. oke, jgn nk nganjing aku.

Tempat: JPN Sungai Petani
Masa: 2.04pm

satu.tujuh.dua.lima.
kaunter6.

aku: *catwalk orangwalk dgn penuh yakin.
pkcik: assalamualaikum.
aku: wsalam.
pkcik: duduk la kakak ooi. larat berdiri. satgi tergolek pkcik xangkat. *dgn ramah
aku: xpa xpa, bako kalori sikit. *duduk. bg IC.
pkcik: renew IC. .tukaq alamat dak?
aku: alamat lama. no64 tu.
pkcik: ada lesen?
aku: ada.
pkcik: mai jari kanan dl.
aku: *sua jari. kanan. then kiri.
pkcik: bayaran rm10.
pkcik: ok, pi duk kat kerusi blkg.
aku: *belek cermin.
pkcik: betui dh tudung tu.
aku: hehe.
pkcik: tgk camera. . langut sikit. ok ok, pusing kanan sikit. senyum. siap.
aku: *bgn pi duk kat kerusi mula mula td.
pkcik: sekolah lg?
aku: habih dah
pkcik: reja.
aku: eh, dak lg. bljq. ni cuti.
pkcik: u mn? lama cuti?
aku: USM. ada la 4bln.
pkcik: lamanya. . penang ka kubg kerian?
aku: kubg kerian. lama. tp ni 1st and last la kot lama mcm ni.
pkcik: kecek klate lor dio.
aku: buleh blako. klate buleh. ganu buleh. siam buleh.
pkcik: bf org mn?
aku: *erk, blurr.
pkcik: hr tu nmpk jln kat pasaq apa tu. .pasaq siti.
aku: haha, salah kot. sy kawin dh. *pkcik nk bt lawak. layan ja.
pkcik: eh, nmpk gaya macam jln ngn bf ja.
aku: xbaik fitnah.
pkcik: *bg resit. ok, nnt mai check 3mggu lg.
aku: terima kasih. *senyum plg manis
pkcik: sama.
aku: assalamualaikum.

p/s: Do not consider the smallest good deed as insignificant; even meeting people with a cheerful face is a good deed.