23.8.11

KisahDiari & SuratCinta

assalamualaikum.

buat awak,

dah lama saya perhatikan awak. dah lama saya kagum dengan awak. semua tentang awak indah indah pada pandangan saya. mata awak. senyum awak. gerak laku awak. . semua saya suka.

saya tak harap awak balas. saya cuma nak awak tau yang saya suka awak. sebab saya tak nak rasa suka saya ni jadi biarlah rahsia. love, saya.


eh eh, jangan nak percaya sangat. reka reka je tu. aku mana main tulis surat cinta eww eww gini. kan kata aku skema. kang kalau aku tulis mau meleleh air mata kau baca. habis semua pantun, syair, seloka, format karangan surat rasmi surat tak rasmi keluar. tak cukup bedak sekali dengan perfume aku sembur.

*****

alkisahnya masa aku kemas kemas loteng yang ntah keberapa kali ni, aku jumpa satu kotak. dulu aku kemas tak pulak perasan. godek punya godek belek punya belek. . woah, postcard. diari dan surat cinta yang selama 20 tahun hidup aku tak tau pun kewujudan benda alah ni. 20? eh, salah. malas nak backspace. 12 la. 

sambung. .


dengan perasaan ingin tahu yang membuak buak dan mendidih didih. .ok, tipu.  aku belek lagi. tengok ke gaya warna memang macam zaman dulu dulu punya. belek satu kad, 23 February 1979. uish, congak congak 30 tahun lebih. . 

belek lagi. dalam hati cakap mama banyak member rupanya. hati boleh cakap ke? ah, lantak. selak satu 'buku'. kuah kacang, ayam masak lemak cili padi. rajin mama gunting lekat lekat resipi ni. selak dan terus selak. 

tengok pulak ke sampul surat. tulisan mama ni. memang sama sampai sekalarang la sekarang. surat yang dipos ke ayah. feewit feewit. . mama ayah main main cinta dulu. nasib kawin. dan hasilnya dapat la anak baik comel pandai ni. erk. . skema? tak tak.







"dengan kekasih baru, dia berlalu didepanku."
alala, sedihnya. sapa guli gulikan hati mama ni?




boleh tahan. tulisan ayah ke tu? haha. 

*****

aku: ayah kenai mama kat mana?
mama: pahang.
ayah: dulu mama yang ngorat ayah. *tetiba. sengih sengih.
aku: tipu.
mama: hala dulu ayah hensem. hidung terletak.

sembang sembang dalam kereta satu masa dulu. sambungan perbualan lebih kepada meleret leret. for sure, the sound of sarcasm is here and there. haha.


to love someone is nothing; to be loved by someone is something; to be loved by someone you love is exciting; but to be love by Allah is everything -Fatimah Syarha-




ps, Allah is watching. remember to be good ya all :)

7.8.11

Nanau

assalamualaikum.

ok, ni la 'padahnya' tiap tiap minggu jejak kmpp menjemput, menghantar budak lilylilo shinsungsung ni. dah macam anak raja. baby  ayah la katakan. hee. .

mengadap tingkap bilik B3.3.1 pun bikin aku nanau. . buat roomate ter-relax sepanjang abad farahida odeni dan keyC, hidup kita kat bilik tu memang bahagia. buat ika, auni dan tetamu tetamu yang dah macam roomate sendiri, keje gila kita kat situ memang la banyak. video censored lagi kurang sioman pun banyak.

*****


 gambar curi pinjam dari fb-tak-kenal-sapa.
terima kasih dan maaf ye tuan punya.


semestinya beberapa peratus memori khas buat pakcik 4flat kerana doa dan keramahan beliau. 


dan Cafe C tu cafe di blok lelaki. Abu. mungkin bukan nama sebenar ialah orang jaga kaunter cafe tu. kot. . 



dataran matrik penang

suasana tengah hari di dataran yang sempat di-snap dua hari lepas. laluan ke kuliah yang penuh dengan kipas kipas dan tikar tikar untuk solat terawih. tempat yang sama. cuma masa yang berbeza.












amat tersangat rindu sekali pada mereka mereka ini. pada saat masa diluangkan bersama.


p/s: jangan salahkan aku sebab tak bersungguh masa kelas bm dulu tp  salahkan cikgu imbuhan dan juga kata penguat yang melampau ni. suka bagi aku pening.








Allah is watching. remember to be good ya all :)


2.8.11

Selamat Berjuang

one who while fasting does not guard his tongue from telling lies, does not refrain from doing bad deeds, is not respecting his fast. and Allah does not approve of mere abstention from food [Prophet Muhammad Saw]

assalamualaikum. salam ramadhan kepada semua.

agak-agaknya la kan khabar apa perjuangan kita pada hari pertama? jatuh tersungkur? xpe insyaAllah masih ada peluang berbaki. . ala kadar? alhamdulillah, berusaha lagi. terbaik? syukur, teruskan. .

  checklist Ramadhan :)
ni hanya separuh. pokok pangkalnya ukurlah sendiri.

moga moga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk meningkatkan dan memperbaiki ibadah kita di bulan mulia ini. . moga juga disebalik keringat terawih  tersembunyi hikmah yang tidak ternilai. amin ya Allah.



Allah is watching. remember to be good ya all :)